Viral Network Nusantara

Hangatnya Dunia Kita - NUSANTARA

tempah video

Facebook

Thursday 30 November 2017

FAHAMAN EKSTRIM PUNCA TENAGA PENGAJAR SEBUAH PUSAT TAHFIZ BERHENTI?




Ampang Kuala Lumpur: Sebuah Pusat Tahfiz yang bertempat di Ampang ini sekali lagi mencetus kontroversi apabila beberapa tenanga pengajar terdiri daripada ustaz dan ustazah bertindak berhenti daripada menjadi tenaga pengajar di situ. Tindakan ini susulan protes mereka terhadap fahaman ekstrim yang dibawa oleh Pengetua Pusat Tahfiz tersebut.

Di dalam pesanan text yang dikirim kepada kami oleh tenaga-tenaga pengajar yang digelar Ustaz dan Ustazah tersebut turut mengemukan bukti bahawa mereka bukan sekadar dihalang untuk beriadhah seperti bermain bolasepak, badminton malah bagi wanita juga diharamkan bermain congkak dan sebagainya dengan alasan semua ini membawa kepada 'Lagha' (melalaikan).

Selain itu, Pengetua dan Isterinya yang terkenal dengan fahaman ekstrim turut membid'ah kan perkara-perkara khilaf serta memperbesar-besarkannya dan menyandarkan semua itu kepada Islam kononnya semua itu ada di dalam hadith dan kitab-kitab.

Antara yang sering menjadi pertikaian mereka berdua ialah: pemakaian topi sudu, bersukan seperti bermain bolasepak, badminton, permainan rakyat seperti congkak dan lain-lain lagi.

Menurut Ustaz dan Ustazah tersebut, mereka sangat kesihankan murid-murid yang tinggal di asrama kerana tidak mempunyai aktiviti riadhah kerana Islam mementingkan kesihatan tubuh badan. 'Aqal yang baik itu datangnya daripada tubuh badan yang sihat'.

Sebelum ini pernah terjadi bapa kepada murid yang ditegur kerana memakai topi sudu yang baginya adalah haram. Kejadian itu sangat memalukan pihak ibu-bapa kerana bukan sahaja tiada uslub dakwah malah tanpa menyapa atau mengenali nama ibu-bapa yang pada hakikatnya adalah orang tua kepada pelajar di Pusat Tahfiz itu, mereka terus diserang dengan hukum haram yang sudah sedia maklum hukumnya tidak sebegitu.

Menurut sumber, Pengetua dan Isterinya kedua-duanya bukanlah berlatar belakangkan agama, malah sebagai Pengetua Pusat Tahfiz, amat memalukan apabila hukum tajwid pun mereka tidak kuasai apabila beberapa kali di dapati membuat kesilapan di depan para Ustaz mahupun Ustazah lain. Ini menyatakan bahawa ilmu tajwid mereka sangat basic dan rendah untuk memegang jawatan Pengetua Pusat Tahfiz.

Orang ramai yang ingin menghantar anak ke Pusat Tahfiz tersebut dinasihatkan agar berhati-hati dan cuba menyelidik terlebih dahulu agar kesannya tidak meracuni pemikiran anak-anak bahkan menggelapkan masa depan anak-anak dengan fahaman yang sudah tentunya memberi impak nagetif kepada kehidupan.

Menurut Ustaz tersebut, beliau sangat berharap agar Pusat Tahfiz ini disiasat oleh pihak berkuasa lantaran tiada kewibawaan dan mempunyai fahaman yang memberi fitnah terhadap agama Islam yang maha sempurna ini.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Contact


About Me

authorHello, Im VNN Admin. An question please do email me at anytime via viralnetworknusantara@gmail.com .
Learn More →