Viral Network Nusantara

Hangatnya Dunia Kita - NUSANTARA

tempah video

Facebook

Thursday 26 October 2017

Review Lagu : Hujan Pelangi



Ulasan Lagu Oleh Mo Hamedon
(Hamidon Ahmad, hamedon.amad@gmail.com)




Penyanyi : Baggio
Lagu : Hujan Pelangi
Pencipta : Awang BPR
Lirik : Malio

Jika pernah mendengar lagu lagu dari kumpulan Damasutra,  ada 2 kemungkinan. Pertama, anda membesar pada zaman kegemilangan band rock sekitar tahun 80-an dan 90-an. Kedua,  anda anak kepada mereka yang membesar pada zaman kegemilangan band rock sekitar tahun 80-an dan 90-an. Penyanyi utama kumpulan Damasutra ialah Bagio. Damasutra menemui identiti mereka melalui lagu Umpama Mimpi Dalam Mimpi. Bermula dari situ, mereka terus menampilkan lagu dari genre yang sama seperti Sufi,  Asyik dan Sesat Dalam Rindu. Alunan suara Bagio memang ‘masuk’ dengan lagu-lagu balada ‘super’ perlahan yang mendayu-dayu. Mesej yang dibawa memerlukan penelitian yang dalam untuk memahaminya.

Durasi lagu selama 4 minit 20 saai ini memiliki intro yang sangat ‘typical’ dengan genre Damasutra, yang sebenarnya mengasyikkan. Baggio melontarkan suara merdunya pada rangkap pertama dengan baik. Masuk rangkap kedua, eh.. ada bunyi ‘string instrument' seperti biola yang sangat mendayu. Sebenarnya suara Baggio tenggelam dari sini hingga akhir kerana bunyi alat biola yang dimasukkan terlampau mendayu-dayu dan menonjol sehingga menjadi ‘suara’utama dalam lagu ini. Suara biola tenggelam seketika ketika gitar solo. Nampak sangat Awang BPR masih tegar dengan sentuhan rock 80-annya. Tone guitar dalam lagu ini juga adalah tone 80-an. Mungkin pencipta lagu mahu membawa Baggio lari dari bayang-bayang Damasutra. Namun, tidak dapat lari jauh nampaknya.

Lagu ini sangat sesuai untuk perindu Baggio, juga Damasutra. Bahkan tidak dapat dibezakan sama ada lagu ini lagu Baggio atau Damasutra. Lirik lagu ini juga puitis setara dengan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Baggio sebelum ini. Cuma, ciri kesufian lirik lagu ini tidak begitu menonjol. Lagu yang pendek ini agak sukar dihayati liriknya kerana terlalu abstrak dan tidak jelas maksud yang hendak cuba disampaikan. Apakah mesej cinta atau penyesalan, pendengar perlu mendengarnya banyak kali dan melakukan tafsiran sendiri. Sesuatu yang berat untuk item hiburan. Macam nak exam pulak jadinya!

Susunan muzik ‘simple’ mengembalikan nostalgia kemuncak muzik slow rock tahun tahun 80-an dan 90-an. Lenggok vokal yang ‘straight forward' juga mudah untuk menjadi lagu ini sebagai lagu menghiburkan secara santai tanpa interpretasi kompleks kisah yang cuba disampaikan.

Kesimpulan, lagu ini boleh didengar dan cuba dihayati tetapi agak sukar untuk memujuk pendengar memainkannya untuk kali kedua jika tiada sebab yang mendesak. Mungkin lagu ini akan lebih memberi kesan kepada pendengar. Juga mampu menarik pendengar baru jika didendangkan oleh Ziana Zain!.


No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Contact


About Me

authorHello, Im VNN Admin. An question please do email me at anytime via viralnetworknusantara@gmail.com .
Learn More →