Viral Network Nusantara

Hangatnya Dunia Kita - NUSANTARA

tempah video

Facebook

Friday 13 October 2017

IZZAH BASHID pertaruh Cahaya Kan Terang

Kombinasi antara komposer dan penulis lirik Wanano dengan pendatang baru Izzah Bashid bersama kakaknya Iqa Bashid dilihat berjaya menghasilkan sebuah lagu 'tribute' kepada saudara muslim kita di Rohingya. Penghayatan dan nyanyian yang baik oleh Izzah Bashid membuat kita bagai terbang di awangan dan sayu menyelubungi perasaan dengan bait-bait lirik yang menyedihkan.
Ya lagu ini agak meleret dan sedih, namun penulis rasa ia bersesuaian dengan tema yang dibawa dan penghayatan yang tinggi oleh penyanyi baru ini juga agak tidak mengecewakan.
Jom hayati lagu ini.


(Cahaya Kan Terang) Kala lihat matamu Kosong hampa dan hambar Oh Perih di jiwa Seakan tiada kata Riak wajah ini Tangis sendu hiba Ada sisa sisa Air mata…. #cho
Menghantuimu dalam rasaTiada tempat berceritaJeritannya tanpaSuara akhirnya
Seperti hari semalam Bagai tiada sahutan Mungkin hari esok Cahaya Kan terang… *** Lihatlah dunianya Lihatlah hidupnya Lihatlah matanya Lihatlah tidurnya repeat #cho **** Nikmat erti kedamaian Bukan sekadar dongengan Hilai tawa itu Milik semua Biarlah kenangan lalu Mungkin Tak akan berulang Moga hari esok Cahaya Kan terang… Lagu: Wanano Lirik: Wanano Music Arrangement: Nick CDRW Recording Studio: Music Tone Studio Publishing: Nanorecords Malaysia Label: Nanorecords Malaysia © & ℗ Nanorecords Malaysia
Huraian Lirik Lagu: (Cahaya Kan Terang) Lirik Asal
"Kala lihat matamu Kosong hampa dan hambar Oh Perih di jiwa Seakan tiada kata Riak wajah ini Tangis sendu hiba Ada sisa sisa Air mata…." Setiap kali bila kita terpandang mangsa-mangsa peperangan terutamanya wajah-wajah ibu atau kanak-kanak. Pada wajah mereka terlihat kehampaan, mereka seperti putus harap dan mendiamkan diri, air mata sudah kering kerana sering menangis "Menghantuimu dalam rasa Tiada tempat bercerita Jeritannya tanpa Suara akhirnya Seperti hari semalam Bagai tiada sahutan Mungkin hari esok Cahaya Kan terang…" Apa yang ada dalam diri mereka ialah fobia, mereka sudah keliru kepada siapa mereka mau mengadu, jeritan dan permohonan mereka tidak didengari oleh Penguasa Dunia, walau berulang-ulang kali mereka mengadu, namun jauh di sudut hati mereka tetap berharap keamanan akan mereka kecapi "Lihatlah dunianya Lihatlah hidupnya Lihatlah matanya Lihatlah tidurnya" Cuba kita salami dunia mereka, kehidupan mereka, rumah mereka, tempat tidur mereka, jauh sekali berbeza dengan kita "Nikmat erti kedamaian Bukan sekadar dongengan Hilai tawa itu Milik semua Biarlah kenangan lalu Takkan berulang Moga hari esok Cahaya Kan terang…" Mari kita yakinkan mereka, bahawa kebahagiaan ini adalah untuk semua manusia, termasuk mereka. Mereka juga berhak untuk bergelak ketawa bermain bersama-sama tanpa rasa takut dan gusar. Mari kita bersama membantu mereka agar mereka melupakan segala kesusahan lalu dan mari membantu mereka semampu kita, semoga mereka dapat mengecap keamanan seperti kita. Aamiinnn! Profile Lagu: Cahaya Kan Terang Lagu ni adalah hasil ciptaan sepenuhnya oleh saudara Wanano (Wan Salam) sebagai dedikasikan buat SAUDARA ISLAM yg ditimpa musibah di seluruh dunia terutama di Palestin, Syria, Rohingya, Mesir dan di mana saja. Melihat kesusahan dan ujian mereka membuat beliau terdetik utk menyumbang sesuatu walau sekadar sebuah lagu. Mudah-mudahan semua yg menghayati lagu ini dapat mengumpul sedikit cahaya dan doa buat mereka - Aamiinnn. Lagu ini juga sedang mendapatkan maklum balas dari pihak Aman Palestin‬ utk dijadikan lagu tema bagi projek Ramadan Palestin tahun 2017. Semoga segala usaha ini mendapat redha Allah. Aamiinn Aamiinn Ya Rabbal Alamin..
Biodata Penyanyi: Vocal Utama: Izzah Bashid (NURUL IZZAH BINTI ABD BASHID) – Lahir pada 22 Julai 1999 sekarang sudah berumur 18 Tahun, adalah lepasan SPM dan sedang menunggu panggilan untuk memasuki universiti tempatan. Anak kelahiran Taiping Perak, mempunyai bakat besar dalam bidang nyanyian dengan tone yang tersendiri. Beliau sangat meminati lagu-lagu bercorak pop ballad dan idola beliau adalah Adlle dan beberapa penyanyi lain dalam genre yang sama. Pelajar lepasan SMK (P) Treacher Methodist Taiping (2016) ini sering menyanyikan lagu-lagu inggeris seperti nyanyian Ed Sheeran, Niall Horan, Selena Gomez dan lain-lain. Vocal Kedua: Iqa Bashid: (NURUL ATIQAH BINTI ABD BASHID) – Lahir pada 23 disember 1997 sekarang berumur 20 Tahun merupakan kakak kepada Izzah Bashid. Merupakan vocal kedua dan juga backup vocal serta pemain Piano dalam lagu ini. Walaupun belum mempunyai peluang belajar piano secara formal, namun minat yang dalam membuat beliau bertekad untuk mendalami melalui video-video di Youtube. Gabungan mereka berdua berjaya menarik minat Nanorecords Malaysia‬ untuk mengambil mereka sebagai artis rakaman syarikat sekaligus membarisi barisan artis yang akan diterbitkan dalam tahun 2017 ini.
Semoga kehadiran CAHAYA KAN TERANG menjadi titik tolak kepada dua beradik ini dan akan memeriahkan lagi industri muzik tanahair.

UNTUK SEBARANG PERSOALAN, SILA HUBUNGI: Pn. Husna (Manager): +6018-2471886 Nanorecords Malaysia: +6013-2299955

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Contact


About Me

authorHello, Im VNN Admin. An question please do email me at anytime via viralnetworknusantara@gmail.com .
Learn More →